Monday, January 5, 2009


M.L. Stein (1987). Bagaimana Menjadi Wartawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Buku ini merupakan buku asas bagaimana seseorang yang ingin mengenal dunia kewartawanan yang dikatakan penuh dengan ranjau dan duri. Walaupun karya ini sudah hampir 20 tahun tetapi isi kandungannya tetap releven kerana relaiti dunia kewartawanan dan penulisan tidak jauh bezanya.

Kewartawanan merupakan kerjaya yang jarang diambil peduli oleh masyarakat sedangkan saban hari dan waktu wartawan inilah yang mencari informasi untuk masayarakat tahu apa yang berlaku disekeliling.

Buku ini sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat agar kefahaman bahawa dunia kewartawanan dan penulisan adalah begitu penting dalam kehidupan seharian. Beberapa bab dirangka untuk memudahkan pembaca berkenaan dengan dunia kewartawan ini secara menyeluruh dari permulaan pencarian bahan liputan dan informasi sehingga dipaparkan di dada akhbar, kedengaran di corong radio dan paparan televisyen dan internet.

Penulis menekankan pada permulaan penulisan bahawa kerja kewartawanan bukanlah satu kerja mudah dan memerlukan komitmen yang betul-betul serius agar gerak kerja berjalan dengan lancar. Pengarang menerangkan bahawa di England terdapat kebebasan berakhbar secara terbuka semenjak tahun 1735. Perkara sedemikian jika dilihat reality di Malaysia amat berlainan sekali kerana akhbar-akhbar utama seperti utusan dan berita harian dari segi politik amat memihak kepada barisan nasiaonal daripada pakatan rakyat sedangkan sepatutnya kebebasan penulisan dan pemberitaan perlulah diaplikasikan secara menyeluruh.

Pengarang juga menyatakan bahawa sesiapa yang berminat untuk berkhidmat untuk m,asyarakat maka bidang tugas kewartawanan adalah amat digalakkan kerana dengan kewertawanan inilah segala masalah rakyat dan masayarakat dapat disampaikan kepada semua masayarakat melalui media bercetak dan elektronik.

Perkara penting yang disampaikan oleh pengarangf nadalah budaya membaca yang perlu adal pada setiap wartawan kerana untuk menjadi wartawan yang benar-benar berinformasi maka bacaan yang banyak perlulah diadaptasikan seperti membaca buku dan majalah kerana terdapat beberapa info penting yang boleh diadun untuk penulisan dan kewartawanan. Antara bahan bacaan yang disarankan adalah buku sejarah, sains, dunia dan sebagainya.